
Ahli-Ahli PKR Cawangan Kampung Pasir Baru mengucapkan Tahniah Kepada Dato Seri Anwar Ibrahim diatas kemenangan Pilihanraya kecil Permatang Pauh P44 dengan majoriti 15,671.
Dato Seri Anwar Ibrahim memperolehi 31,195 undi sementara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah,mendapat 15,524 undi manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat,hilang wang pertaruhan selepas mendapat hanya 92 undi.
::Reformasi::
Wednesday, August 27, 2008
Tahniah Buat Dato Seri Anwar Ibrahim
Posted by Parti Keadilan Rakyat at 1:57 PM 1 comments
Sunday, August 17, 2008
Pilihan Kecil Permatang Pauh 2008
16 August 2008 - Seramai 40 Ahli PKR Cawangan kampung Pasir baru telah menyertai kempen Pilihanraya kecil ke Permatang Pauh.Dengan menaiki Bas Persiaran semua ahli bertolak pada malam 15.08.08 pada pukul 11.30pm.Perancangan awal bas akan bertolak ke PP pada pukul 9.30pm,akan tetapi campur tangan pihak lain dalam pengurusan bas telah membuatkan perjalanan terlewat.
Disebabkan kesesakan lalulintas yang teruk untuk ke pusat penamaan calon,kesemua ahli berjalan hampir 3km dan sampai pada pukul 9.30am.
Semua ahli mengucapkan terima kasih kepada Saudara Onn Abu Bakar dan AJK PKR kampung Pasir kerana berusaha payah untuk mendapatkan bas untuk semua ahli bagi menyertai kempen di Permatang Pauh.
Suasana hari Kempen Pilihan Kecil Permatang Pauh 2008
Posted by Parti Keadilan Rakyat at 10:09 AM 0 comments
Labels: Hakcipta Terpelihara
Monday, June 16, 2008
Perjumpaan Tertutup Bersama YB Nurul Izzah
Perjumpaan Tertutup Bersama YB Nurul Izzah
Semalam - 15.06.08, Perjumpaan ini dianjurkan oleh PKR dengan Persatuan Penduduk Kampung Pasir Baru ( PPKPB ) yang dihadiri sama wakil dari Pas dan UMNO.
Dalam Perjumpaan bersama wakil penduduk,Pengerusi Persatuan Penduduk telah membentangkan masalah pajakan tanah Lot dikampung Pasir.Turut sama hadir adalah wakil dari Setinggan dan Penjaja.
Naik Taraf Status Tanah 
KAMPUNG PASIR BARU -
Penduduk yang memiliki geran tanah Lot disini memohon pihak terbabit mempertimbangkan permintaan mereka untuk menaik taraf status tanah pajakan kepada milikan kekal.
Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Pasir baru ( PPKPB ), Sophyan Hakim Mohd Hakim berkata, permintaan itu bagi mengekalkan perkampungan Melayu yang masih ada di kawasan Parlimen Lembah Pantai.
"Isu tanah Lot disini yang berstatus pajakan sehingga 60 tahun menyebabkan penduduk bimbang dengan masa depan mereka.
"Tempoh yang tidak seragam iaitu paling awal berakhir pada tahun 2015 dan paling lewat berakhir tahun 2070 mendorong penduduk memikirkan alternatif terbaik bagi menaiktarafkan status itu menjadi hak milik kekal,"katanya.
Beliau berkata demikian selepas sesi dialog bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bagi mencari kaedah bersama menyelesaikan masalah iti.
Sesi dialog kira-kira sejam itu turut dihadiri penasihat undang-undang untuk mendengar dan melihat secara terperinci masalah dihadapi penduduk.
Sophyan Hakim berkata,mereka menubuhkan persatuan penduduk Mac lalu untuk menyatukan penduduk dan pemilik tanah Lot bagi memperjuangkan perkara itu.
Katanya,mereka tidak mahu menerima nasib seperti kebanyakan perkampungan Melayu lain yang dianiaya pemaju setelah berlaku proses pengambilan,"katanya.
"Yang Berhormat mengusulkan supaya penduduk ke pejabat tanah bagi mengetahui status tersebut dan mengambil borang diperlukan bagi tujuan naik taraf.Selain itu, Nurul Izzah turut mencadangkan agar kami membuat memorandum dan menyerahkan kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan.
" Segala saranannya akan kami usahakan.Dalam tempoh sebulan akan datang,kita akan mengumpulkan segala dokumen diperlukan daripada semua pemilik tanah geran yang terlibat,"katanya sambil mengharapkan penduduk memberikan kerjasama bagi memastikan proses penyediakan dokumen berjalan Lancar.Katanya,kebanyakan pemilik tanah Lot mempunyai tempoh pajakan sehingga 2020 dan 2026,tetapi tiga pemilik tanah Lot mempunyai tempoh pajakan terawal iaitu 2015.
"Apabila tempoh itu matang,tanah berkenaan akan menjadi milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) dan persoalannya dimana pemilik seperti kami mahu tinggal.
"Kami percaya nilai tanah ini bakal mencecah jutaan ringgit dan pelbagai projek mewah akan didirikan,"katanya.
Sumber dari Sinar Harian
16.06.2008
Posted by Parti Keadilan Rakyat at 8:35 AM 0 comments
Labels: Hakcipta Terpelihara
Kelengkapan Kain Kafan
PKR Cawangan kampung pasir Baru telah menyediakan kelengkapan kain kafan sekiranya ada kematian didalam kariah kampung Pasir.
Kelengkapan itu hasil dari kutipan dikalangan Ahli - Ahli PKR Kampung Pasir Baru.Jawatankuasa bersetuju kelengkapan itu disumbangkan secara percuma kepada keluarga yang meninggal dunia.
Posted by Parti Keadilan Rakyat at 8:29 AM 0 comments
Labels: Hakcipta Terpelihara
Thursday, June 12, 2008
Menziarahi Ahli Kariah yang sakit
Semalam - 11.06.2008,seramai 16 orang terdiri dari AJK Persatuan Penduduk,ahli-ahli PKR dan Pas telah menziarahi ahli kariah kampung pasir yang sakit diHospital Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Ketua Cawangan PKR kampung Pasir Baru, Saudara Jamaluddin Kasim memberitahu,tujuan menziarahi adalah untuk mengeratkan lagi ikatan kemasyarakatan dan silaturrahim diantara kariah kampung tanpa mengira mana - mana parti yang disertai.
Lawatan kami disambut dengan perasaan terharu dan gembira dari semua keluarga pesakit.
Salah seorang pesakit yang dilawati adalah suami kepada Umi dimana PKR Cawangan kampung Pasir telah menggunakan kawasan rumah beliau untuk menbuat BILIK GERAKAN semasa pilihanraya umum yang lalu.
Posted by Parti Keadilan Rakyat at 10:39 AM 0 comments
Labels: Hakcipta Terpelihara






